home about services support contacts
 

DR. AZHAR BIN HJ. SARIP

Founder & Master Trainer

 

Beliau merupakan kolumnis majalah mingguan wanita dan I LUV ISLAM yang berpengalaman luas dalam bidang pembentukan rohani secara praktikal. Bermula seawal umur 20 tahun, beliau telah banyak mengkaji serta mendalami serta berkelayakan dalam bidang alternative & complimentary medicine. Beliau juga merupakan Certified Hypnotherapist (USA), Certified NLP Trainer dan merupakan pengasas Spiritual NLP program di Malaysia. Selain itu, beliau juga diiktiraf sebagai wakil tunggal bagi produk Mind Alive Inc. (Canada) untuk memasarkan dan memberi tauliah berkaitan gelombang otak di Malaysia. Beliau amat yakin bahawa kekuatan spiritual yang dibentuk dengan benar dapat memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia.

 

Kegemaran beliau dalam mengkaji kupasan Al-Quran dan Hadith dalam bentuk saintifik telah banyak membantu beliau dalam mengolah formula kekuatan jiwa untuk mencapai keharmonian hidup. Kini aktif dalam bidang latihan keseimbangan emosi dan pembentukan sahsiah melalui sistem meditasi yang diasaskannya, Meditasi Super Sedar. Beliau juga pernah menjadi ad-hoc counsellor untuk sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur.

 

Beliau telah memberi ‘Personal Coaching’ untuk ribuan individu termasuk beberapa kenamaan bagi mencapai kejernihan jiwa dalam membuat keputusan.  Selain latihan Meditasi Super Sedar, beliau juga terlibat dalam latihan Transformasi Jiwa, Character Building, Effective Communication serta Decision Making melalui sistem Super Conscious Awareness. Hasil ramuan pengetahuan dan pengalaman dalam pembentukan spiritual telah menjadikan setiap kaedah dalam latihan beliau begitu praktikal dan efektif. Idea serta pemikiran beliau telah banyak dipaparkan dalam bentuk artikel dalam pelbagai akhbar serta majalah. Beliau kini merupakan seorang kolumnis majalah Mingguan Wanita dan I LUV ISLAM serta beberapa lagi tabloid mingguan.

 

 

 

______________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

MD YAZIT BIN HASHIM

Trainer


Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Multimedia dari Universiti Terbuka Malaysia dan Diploma Pengurusan Bank, UiTM. Bertugas di Akademi Audit Negara dan terlibat secara langsung dengan tugas pembangunan latihan selain menjadi Jurulatih Team Building dan tenaga pengajar bagi subjek Grafik dan Multimedia.


Beliau merupakan Certified Team Building Trainer, Certified NLP (Neuro Linguistic Programming) Practitioner dari NFLNP US serta Pengamal SEFT (Spiritual Emotional Freedom Techniques). Kecenderungan dan minat mendalam terhadap sains minda mendorong beliau menggali dan meneroka ilmu sains minda menerusi pelbagai kursus dan program berkaitan.


Di dorong oleh keinginan dan minat yang mendalam untuk berkongsi ilmu, beliau telah memberi latihan/bimbingan kepada pelajar dan golongan pekerja secara percuma sebelum menyertai Soul Power Training. Menyertai Soul Power Training sebagai Jurulatih Spiritual NLP for Kids dan Spiritual NLP for Teens sejak November.


Selain penglibatan formal dalam latihan, beliau juga cenderung kepada fotografi,videografi dan desktop publishing. Malah, beliau merupakan seorang jurugambar bebas bagi majlis tertentu selain terlibat dalam proses penerbitan beberapa video, buku serta bahan bercetak untuk manfaat awam.

 

 

 

Laman Utama | Kenali Kami | Kalender | Pendaftaran | Galeri | Blog | Hubungi Kami
Copyright © Soul Power Training